top of page

Siri Ringkas Mazhab Ekonomi: Neo-klasikal Sintesis

Writer's picture: IIUM SYNTAXIIUM SYNTAX

Oleh: Dini Nurhani


Ekonomi neo-klasikal sintesis merupakan aliran ekonomi arus perdana (mainstream) yang menjadi mazhab utama bagi silibus pembelajaran di universiti (sarjana muda) mahupun di sekolah pada masa kini.

Mazhab ini merupakan gabungan;


  1. Mazhab Neo-klasikal: merupakan pengubah-suaian (neo) bagi mazhab klasikal yang diasaskan oleh Adam Smith

  2. Mazhab Keynesian: Diasaskan oleh John Maynard Keynes


Terdapat banyak lagi mazhab-mazhab lain di dalam ekonomi seperti Marxis, Austrian, Schumpeterian, Institutionalist dan sebagainya. Mazhab ini disebut sebagai heterodoks atau aliran bukan perdana (non-mainstream).

Mengapa pelajar ekonomi belajar tentang mazhab neo-klasikal sintesis dan bukan mazhab lain?


Neo-klasikal

Sebelum kewujudan neo-klasikal, ekonomi merupakan bidang yang disatukan dengan politik dan dinamai ekonomi politik (political economy). Namun, bermulanya pada tahun 1834, William Jevons, Leon Walras dan seterusnya Alfred Marshall (1890), mereka telah berjaya menjadikan Ekonomi sebagai bidang yang terpisah dengan politik. Mereka juga berjaya menjadikan ekonomi sebagai bidang sains tulen, yang berlandaskan matematik dan graf sekaligus mengenepikan banyak persoalan politik dan etika di dalam ekonomi. Namun dua tunjang utama yang didokong Neo-klasikal daripada mazhab klasikal adalah;

  1. Manusia didorong oleh sifat penting diri

  2. Pasaran akan mencapai tahap keseimbangan antara penawaran dan permintaan (supply and demand) secara natural.


Keynesian

Wujud ketika mana Amerika Syarikat telah mengalami keadaan ekonomi merudum yang lama (The Great Depression) selama 10 tahun dimana sebanyak 13-15 juta rakyatnya hilang pekerjaan dan kegagalan sebanyak 50% bank di Amerika. Menyedari masalah kehilangan pekerjaan, riba/interest/bunga dan wang yang dialami bank dan masyarakat, Keynes mengeluarkan buku bertajuk General Theory of Employment, Interest and Money. Secara amnya, Keynes menyatakan bahawa apa yang terbaik untuk individu (penting diri/self interest) tak semestinya terbaik untuk ekonomi secara keseluruhan.

Seiring dengan era globalisasi, di mana sains menjadi pengukuran yang rasional dan boleh dilihat hasil kajiannya pada mata kasar, juga dengan teori pekerjaan, faedah dan wang yang dikeluarkan Keynes yang sangat relevan, maka gabungan kedua-dua mazhab inilah yang dikatakan relevan untuk menggerakkan ekonomi pada waktu ini.

Antara teori-teori yang dominan adalah;

  1. Permintaan dan penawaran (Supply and Demand)

  2. Utiliti (Utility)

Ekonomi tidak mungkin akan menjadi suatu bidang sains tulen, tetapi ianya adalah bidang sosial sains. Di samping kepentingan untuk mempunyai kaedah derivasi (metodologi) yang tepat, ekonomi juga tidak harus dipisahkan dengan persoalan politik dan etika. Politik, melibatkan bagaimana kita mentadbir negara akan sedikit sebanyak mencakupi perbincangan tentang bagaimana kita menguruskan sumber-sumber kita (resources) dan faktor-faktor pengeluaran (factors of prodution) seperti tanah (land), pekerja (labor), modal (capital) dan usahawan (entrepreneur). Etika pula, akan mencakupi persoalan tentang manusia yang rasional dan ciri-cirinya serta tindak tanduk ‘penting diri’ yang harus diberikan definisi yang jelas.

Penting diri;

  1. Tidak bermakna kita boleh mengeksploitasi hak-hak orang lain

  2. Tidak bermakna ianya selari dengan konsep tamak (greed)

  3. Haruslah berpaksikan konsep sekadar cuma yang penting untuk dirinya sahaja


Rujukan:

  1. Economics: The User’s Guide oleh Ha Joon Chang

Recent Posts

See All

Comments


SIGN UP AND STAY UPDATED!
  • Grey Twitter Icon

Syntax, Bachelor of Economics Council IIUM, Established 2016

bottom of page