top of page

Siri Ringkas Mazhab Ekonomi: Institusionalis (Lama)

Writer's picture: IIUM SYNTAXIIUM SYNTAX

Oleh: Dini Nurhani


Mazhab institusionalis merupakan salah satu mazhab daripada aliran heterodoks atau bukan perdana (non-mainstream) yang merupakan antara pengkritik mazhab Klasikal (Adam Smith) dan Neo-Klasikal.

Mazhab ini diasaskan oleh Thorstein Veblen pada tahun 1918. Beliau berkata persoalan manusia yang rasional bukan hanya berlegar sekitar ‘sebab’ mereka melakukannya, tetapi turut dipengaruhi oleh naluri, kepercayaan dan sikap yang mana kesemua ini akan dipengaruhi oleh suasana sekeliling – institusi khususnya.


Bersesuaian dengan nama yang diberikan, mazhab ini percaya bahawa institusi memainkan peranan yang paling penting untuk membentuk individu dan bukan sebaliknya. Harus diketahui bahawa maksud institusi di sini bukanlah berlegar sekitar institusi formal sahaja seperti sekolah, syarikat, mahkamah dan tempat kerja, namun termasuk juga institusi tidak formal seperti di rumah dan di tempat awam.


Veblen yang merupakan seorang Sosiologis melihat bahawa ekonomi tidak boleh dipisahkan daripada sains sosial, di mana budaya dan interaksi masyarakat memainkan peranan penting dalam pembentukan sebuah pembangunan budaya masyarakat.


Dua teori yang dikenali adalah:

  1. Teori Kelas Waktu Lapang (Theory of Leisure Class)

  2. Teori Perusahaan Perniagaan (Theory of Business Enterprise)


Kedua-dua teori ini sangat relevan dengan kehidupan zaman sekarang. Mengapa?

Teori Kelas Waktu Lapang adalah tentang orang kaya yang mempunyai masa lapang untuk membeli barang-barang bukan untuk keperluan sehariannya, tetapi untuk memperlihatkan status sosialnya di dalam masyarakat.

Manakala, Teori Perusahaan Perniagaan pula membincangkan tentang bagaimana Syarikat mengambil keuntungan yang lebih dan seboleh mungkin mengurangkan kos pengeluaran daripada faktornya sehingga seringkali menjejaskan masyarakat keseluruhan. Contohnya, rakyat-rakyat yang hilang pekerjaan akibat pemotongan kos tenaga kerja (labor).

Kedua-duanya wujud pada zaman ini kan?


Walaupun terdapat beberapa teori yang relevan dan terpakai pada zaman ini, mazhab ini tidak pernah menjadi dominan sejak ianya diasaskan. Hal ini kerana, ekonomi bukanlah suatu bidang yang hanya boleh dilihat daripada perspektif institusi yang terbentuk daripada sosial dan budaya sahaja. Bukanlah mahu menolak kepentingan dua aspek tersebut. Namun, ekonomi ini bukan sahaja melibatkan pengurusan institusi terhadap individu tetapi ianya juga melibatkan pengurusan institusi terhadap kebendaan yang nampaknya kurang dibincangkan dalam mazhab ini. Juga, disebabkan peningkatan model-model yang abstrak oleh Neo-Klasikal, mazhab ini terus ditenggelamkan oleh mereka akibat kekurangan saintifiknya.


Rujukan: 1. Economics: The User’s Guide by Ha Joon Chang 2. http://la.utexas.edu/users/hcleaver/368/368commonsoninstitutionalecontable.pdf 3. Wikipedia

Recent Posts

See All

Comments


SIGN UP AND STAY UPDATED!
  • Grey Twitter Icon

Syntax, Bachelor of Economics Council IIUM, Established 2016

bottom of page