top of page

Aktiviti Ekonomi Penduduk Sekitar Gunung Merapi, Jogjakarta, Indonesia

Writer's picture: IIUM SYNTAXIIUM SYNTAX

Oleh: Dini Nurhani


Gunung Merapi merupakan 1 daripada kira-kira 50 gunung berapi yang terletak di bahagian Kepulauan Jawa, Indonesia. Gunung merapi merupakan gunung berapi yang paling aktif, di mana letusan terakhir adalah pada tahun 2010 yang telah mengorbankan lebih daripada 100 orang penduduk sekitarnya.

Udaranya segar. Cowoknya ganteng kerana gemar tersenyum dan suka menolong orang. Kami dilayan bak raja dan permaisuri. Sangat menghargai tetamu yang berkunjung ke tempatnya.


Terdapat suatu corak aktiviti ekonomi di kawasan sekitar radius 15 kilometer daripada Gunung Merapi, iaitu rakyat kebanyakannya mengamalkan ekonomi sara diri serta jual beli secara kecil-kecilan, hanya dalam sekitar komunitinya sahaja. Juga, mereka memperoleh pendapatan melalui sektor pelancongan.

Ekonomi sara diri yang dimaksudkan adalah di mana hampir setiap rumah di kawasan pergunungan mempunyai tanah untuk mereka bercucuk tanam dan 90% mempunyai tanaman padi. Bentuk kawasan sawah padinya bukan juga petak segi empat tepat seperti kebiasaannya, tetapi ada juga yang berbentuk bulat, lonjong, dan ada juga yang bentuknya tidak dapat dipastikan.

Mereka juga menanam sayur-sayuran dan buah-buahan di kawasan perumahan mereka. Tidak terdapat satu pun pasaraya besar yang saya temui, hanya terdapat beberapa kedai kecil yang menjual barang-barang keperluan seperti alatan mandi, minuman-minuman botol, tin dan sebagainya.


Pendapatan perlancongan pula diperoleh apabila mereka membuat laluan daripada jalan besar ke kaki Gunung Merapi (radius sekitar 4 km). Bayaran minimum dikenakan untuk menaiki Jeep ke sana, serta tempat parkir di kawasan yang berkaitan. Terdapat juga muzium bagi memperingati peristiwa meletusnya gunung merapi, di mana mereka membuat koleksi barang-barangan, tulang haiwan yang mereka jumpai, gajet-gajet elektronik dan lain-lain lagi.

Recent Posts

See All

Comments


SIGN UP AND STAY UPDATED!
  • Grey Twitter Icon

Syntax, Bachelor of Economics Council IIUM, Established 2016

bottom of page